Hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hubungan kekeluargaan itu digantungkan pada Arasy. Ia berkata: Sesiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambungnya dan sesiapa yang memutuskan aku maka Allah pun akan memutuskannya
(sumber : http://hadith.al-islam.com/)
Kita semua sedia maklum dengan ledakan teknologi yang semakin canggih. Pelbagai jenis dan bentuk hiburan serta maklumat telah diubah kepada bit-bit agar mudah dikendalikan melalaui komputer,melalui telefon bimbit. Sehinggakan seolah-olah tidak perlu lagi ke perpustakaan kerana segala rujukan ada di dalam internet. Sememangnya perubahan teknologi ini banyak membantu kehidupan.
Namun, sejauh mana nilai kebaikan itu jikalau kesan buruknya tidak dijauhi, tidak difikirkan oleh individu atau kelompok yang menggunakannya?? Persoalan ini timbul,apabila saya mula memikirkan kesan dan akibat teknologi ini dari sudut kekeluargaan, Fikirkan..jika semuanya sibuk melayan gajet-gajet canggih, menghadap notebook dari pagi sampai ke malam untuk, bermain game tanpa henti..adakah hubungan kekeluargaan lebih mesra sebelum kedatangan gajet-gajet ini?
Saya sendiri akui, asyik menghadap notebook sehinggakan saya terlupa tuntutan hubungan sosial yang perlu saya penuhi..kurang berbual sesama ahli keluarga dan jiran tetangga..
Sedangkan saya sedar, untuk mengeratkan hubungan, kita perlu berbual, bertanyakan masalah, dan mengambil tahu tentang orang di sekitar kita..Ke mana masa kita untuk bersama keluarga dana masyarakat jika asyik melayan gajet-gajet dan ledakan teknologi yang memang tidak akan tamat ini..Kita terlalu asyik melayari internet, bermain sms, meluangkan masa untuk blog, friendster, dan entah apa lagi kecanggihan yang saya sendiri tidak maklum..
Sekadar peringatan diri dan renungan bersama..Setiap yang ada kebaikan itu, pasti terbit buruknya jika kita salah menggunakannya, terlalu obses, dan mengabaikan perkara yang lebih penting..SALAH SIAPA?? fikirkan...
Allah mengurniakan 24 jam untuk setiap manusia..tidak ada yang dapat lebih dan kurang sesaat pun..Allah Maha Adil dalam menentukan sesuatu..apa sahaja tanggungjawab kita di dunia, pasti ada masa untuk menunaikan tanggungjawab lain yang kemungkinan mebantu dalam memberatkan neraca pahala diakhiarat nanti...INSYA' ALLAH....
betul3...aku pun asik menghadap laptop je...macam sekarang ni...kadang2 mak aku tension je tengok aku xbuat ape...melainkan depan mende kotak menyala ni
ReplyDelete