Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je.. - Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni - Payah nak buat apa2 kalau hujan
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :
Hakikatnya, hujan itu rahmat."Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini
bermanfaat buat kami).
Kenapa orang selalu "bad mood" dikaitkan dengan hujan?"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang
menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)
"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Seolah-olah hujan sinonim dengan suasana muram. Sedarkah kita? Apabila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia.
Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.
Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?
Lihatlah firman Allah yg bermaksud :"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang
mencurah-curah" (al-Qamar : 11)
"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami
tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa
melenyapkannya."
(Al-Mukminun : 18)
Semoga ada iktibar untuk peringatan kita."Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya."
(al-Hijr : 22)
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)
cantik mesej ni
ReplyDelete